Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) - 23 February 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) - 23 February 2018

Jawatan Kosong 2018 di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLg)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Majlis Daerah Lenggong ditubuhkan pada 1 Disember 1979. Keluasan kawasan pentadbiran berjumlah 9,590 hektar dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 17,000 orang. Pekan Lenggong adalah pusat pentadbiran yang terletak ditengah-tengah kawasan iaitu disebelah selatan 62 km. dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan sebelah utara 57 km. dari Gerik iaitu Pusat Pentadbir bagi Daerah Hulu Perak. Majlis Daerah Lenggong merangkumi 10 kawasan iaitu: Ayer Kala, Selat Pagar, Padang Grus, Rancangan Perumahan Awam Gua Badak, Rancangan Perumahan Awam Gelok, Pekan Lenggong, Kg. Kota Tampan, Taman Kota Tampan, Pekan Raban dan Pekan Kuak. Keluasan kawasan adalah seluas 60. 8km persegi. Dengan luas kawasan operasi ialah 3km persegi dan luas kawasan kawalan ialah 57. 8km persegi.

Like Page Khas - Kerja Kosong di Perak
Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29 - 2 Kekosongan


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Warganegara Malaysia keutamaan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;


Kelayakan Kursus:

(a) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(b) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, dan

(c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 Februari 2018


Klik Muatturun Iklan Jawatan

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Daerah Lenggong (MDLg) - 23 February 2018"

Post a Comment