Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) - 9 November 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) - 9 November 2018

Jawatan Kosong 2018 di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Jawatan Kosong 2018 di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Pengenalan

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1956 di bawah Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955. SPPP adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan. Sebagai sebuah Badan Berkanun, SPPP bertanggungjawab terhadap pentadbiran Pelabuhan Pulau Pinang. Tanggungjawab yang dijalankan oleh SPPP sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, 1955 adalah untuk menyedia dan menyelenggarakan kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan dan feri di Pelabuhan Pulau Pinang di samping mempertingkatkan kemajuan, pembangunan dan penggunaan pelabuhan.

Pelabuhan Pulau Pinang yang ditadbir oleh SPPP merupakan sebuah pelabuhan bertaraf antarabangsa di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan moden untuk pengendalian kontena, kargo pukal cecair, kargo pukal kering dan kargo am. [Sumber]


Like Page Khas - Kerja Kosong di Penang
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 2 kekosongan


Syarat lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 

c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


Cara memohon:

i Borang permohonan boleh didapati terus secara ONLINE melalui  laman web SPPP atau memperolehinya di Pejabat SPPP, Unit Khidmat Pengurusan di alamat seperti tertera di bawah.

ii Bagi Penjawat Awam, permohonan mestilah lengkap dengan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terakhir) melalui Ketua Jabatan masing-masing.

iii Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa memohon dan menghantar borang.

iv Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga.

v Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya. 

vi Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dengan resume dan salinan sijil-sijil yang berkaitan serta lain-lain dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :-.

PENGURUS BESAR
SURUHANJAYA PELABUHAN PULAU PINANG
ARAS 2, SWETTENHAM PIER CRUISE TERMINAL
NO. 1A, PESARA KING EDWARD
10300 GEORGE TOWN, PULAU PINANG
(U.P  :  UNIT KHIDMAT PENGURUSAN)


Tarikh Tutup Permohonan : 09 November 2018 (Jumaat)


*Sila baca arahan lengkap maklumat perjawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

0 Response to "Jawatan Kosong di Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) - 9 November 2018"

Post a Comment