Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 9 Februari 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 9 Februari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Latar Belakang

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001. Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :
“Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kuala Lumpur
Jawatan:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41 - 2 Kekosongan

2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 - 6 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29 - 2 Kekosongan

4. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GURU TADIKA) S22 - 2 Kekosongan

5. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (GURU TADIKA) S19 - 01 Kekosongan

6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19 - 4 Kekosongan

7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19 - 2 Kekosongan

8. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19 - 12 Kekosongan

9. JURUFOTOGRAFI B19 - 2 Kekosongan

10. PEMANDU KENDERAAN H11 - 3 Kekosongan


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Februari 2019 (Sabtu) Jam 11:59 Malam

0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) - 9 Februari 2019"

Post a Comment