Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Selama - 30 April 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Selama | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Selama

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Daerah Selama www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi. Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang. Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.

Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance. Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance.  Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan. Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.

Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat.
Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti. Baca lagi..


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR N19 - 1 kekosongan

2. PENGHANTAR NOTIS N11 - 1 kekosongan

3. PEMBANTU AWAM H11 - 2 kekosongan


Syarat Lantikan:

Jawatan 1:
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 2:
(i) Penaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lesen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2; dan
(ii) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan 3:
(i) Penaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara Memohon:

( i ) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi ( MDS.PKDM 1/97 pindaan 2015) yang boleh diperolehi di Kaunter Aras Satu, Majlis Daerah Selama atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

( ii ) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Persekolahan atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, Kad Pengenalan, Surat Beranak / Sijil Kelahiran, yang telah disahkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport.

( iii ) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SELAMA
34100 SELAMA
PERAK DARUL RIDZUAN

( iv ) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.

( v ) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup


Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2017

Post a Comment