Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) - 23 July 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Jawatan Kosong 2017 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) www.banyakjawatan.my


Pengenalan

Fakulti Perubatan, yang kini berusia 35 tahun, telah ditubuhkan pada 30hb Mei 1972 sebagai sebuah institusi perubatan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mengajar kursus-kursus perubatan dan kejururawatan, penyelidikan perubatan dan perkhidmatan klinikal, di bawah pentadbiran seorang Dekan. Pada mulanya, kursus perubatan yang dijalankan untuk pelajar-pelajar perubatan dan perkhidmatan perubatan yang disediakan oleh pensyarah-pensyarah dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digunakan sebagai hospital pembelajaran.

Pada tahun 1997, Hospital UKM (HUKM) telah dibangunkan sebagai hospital pembelajaran untuk pelajar-pelajar Fakulti Perubatan, UKM. Struktur pentadbiran HUKM diasingkan dari fakulti dan ketuanya merupakan Pengarah Hospital. Pada mula HUKM ditubuhkan, jawatan Dekan dan Pengarah Hospital dipegang oleh seorang pegawai, tetapi sejak tahun 1998, Fakulti Perubatan telah mempunyai Dekannya tersendiri dan UKM pula mempunyai Pengarahnya tersendiri.


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempat atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

 DAN

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(b); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 July 2017 (Ahad)

Post a Comment