Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor - 28 Oktober 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor

Jawatan Kosong 2018 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor

Sejarah UiTM Johor

Bukan sedikit sumbanganmu. UiTM Johor melakar sejarah di negeri Johor Darul Ta’zim ini pada tahun 1983. Kampus pertamanya di Bukit Siput telah dirasmikan pembukaannya oleh Dato’ Abd. Ajib bin Ahmad, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Atas keperluan yang kian berganda, lokasi UiTM Johor kini berpindah ke bangunan yang lebih besar dan selesa iaitu di Segamat Baru pada tahun 1985. Pada tahun 1990, UiTM Johor telah tersergam indah di KM12, Jalan Muar-Segamat di atas tanah kurniaan pemerintah negeri.

Di sini, UiTM Johor telah berkembang pesat dengan memenuhi tanggungjawab sebagai kampus UiTM Negeri. Kampus Segamat ini menempatkan empat (4) buah fakulti iaitu Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. UiTM Johor juga mempunyai sebuah kampus kota yang terletak di Bandaraya Johor Bharu. UiTM Johor kini dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur pengajaran & pembelajaran serta kemudahan riadah dan rekreasi yang menjadikannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani. Yang pasti, UiTM Johor akan berterusan menempa nama gemilang sebagai bukti keluhuran budi dan kemurnian jati diri anak bangsa dan pertiwi.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Johor
Like Page Khas - Kerja Kosong Universiti & Kolej
Jawatan:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF (PEKERJA SAMBILAN HARIAN)


Syarat kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Sijil /sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara membuat permohonan:

a. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.

b. Borang boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Johor di http://johor.uitm.edu.my/v3 atau boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

c. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak
berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 28 Oktober 2018 (Ahad)

Post a Comment