Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang - 3 Jan 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Objektif

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran pendidikan di semua bidang
Meningkatkan mutu dan tahap profesionalisme warga pendidikan di semua bidang dan peringkat
Meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam aspek-aspek sebagaimana dihasratkan dalam falsafah pendidikan Negara
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Pulau Pinang
Jawatan:

1. Pekerja Sambilan Harian (Pembantu Pengurusan Murid)


Kelayakan:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 19 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) Calon  lantikan  hendaklah  memiliki  Sijil Pelajaran  Malaysia  atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan :-

d) Kepujian  (sekurang-kurangnya  Gred  C)  dalam  subjek  Bahasa  Melayu  pada peringkat  Sijil  Pelajaran  Malaysia/  Sijil  Vokasional  Malaysia  atau  kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

e)Wanita  hamil  tidak  digalakkan  memohon  memandangkan  skop  kerja  yang tidak bersesuaian.


Fungsi bidang tugas:

Pengurusan Prasekolah / Integrasia)

a) Membantu guru kelas prasekolah/ integrasi dalam hal ehwal pengurusan dan pentadbiran kelas

b) Membantu guru kelas prasekolah/ integasi dalam semua aktiviti bimbingan, pembelajaran dan pengajaran murid-murid prasekolah/ integrasi

c) Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta menjaga keselamatan murid prasekolah/ integrasi


Cara Memohon:

a) Borang permohonan JPNPP/PSH boleh didapati di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan semua Pejabat Pendidikan Daerah Pulau Pinang.

b) Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang JPNPP/PSH dengan menyertakan 1 salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

i. Borang JPNPP/PSH
ii. Resume berserta gambar terkini berukuran passport
iii. Kad Pengenalan
iv. Sijil Pelajaran Malaysia
v. Sijil Berhenti Sekolah
vi. Sijil-sijil Akademik dan lain-lain dokumen sokongan


Tarikh Lantikan:

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil untuk ke sesi temuduga. Calon-calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak jabatan ini untuk dilantik.


Penempatan:

Akan dimaklumkan kemudian dalam surat tawaran bagi calon-calon yang berjaya.


Tarikh Tutup dan Alamat Permohonan:

Borang  permohonan  yang  lengkap diisi  bersama-sama  dengan  dokumen yang berkaitan hendaklah sampai sebelum atau pada 03 Januari 2020 ke alamat berikut :-

Pengarah Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang,
Jalan Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang.
(u.p : Unit Perjawatan dan Perkhidmatan)

b) Sila catatkan di atas sampul surat sebelahkiri nama jawatan yang dipohon.


Penafian:

Pihak jabatan ini berhak untuk menolak permohonan yang diterima lewat daripada tarikh tutup permohonan, tidak memenuhi syarat kelayakan atau sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan mahupun mendatangkan kecurigaan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Januari 2020

Post a Comment