Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 13 Dis 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Jawatan Kosong 2019 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003. Baca lagi..
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. Penolong Setiausaha (Pegawai) Gred 41

Bahagian Perundandangan Dan Triti Antarabangsa

Kelayakan:

I. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau mana-mana bidang setaraf dari Universiti dan Pusat Pengajian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;

II. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia, undang-undang antarabangsa, sains politik dan isu-keadilan sosial di Malaysia;

III. Kelebihan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan praktikal mengenai isu-isu hak asasi manusia, terutamanya dalam undang-undang dan triti antarabangsa;

IV. Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;

V. Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya; dan

VI. Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.


Cara Memohon:

Bagi calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 13 Disember 2019 (Jumaat) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Post a Comment