Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Taman Botani Negara Shah Alam - 26 Dis 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Taman Botani Negara Shah Alam | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Taman Botani Negara Shah Alam

Jawatan Kosong 2019 di Taman Botani Negara Shah Alam

Latar Belakang

Taman Botani Negara Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai TPM yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.

Tujuan TBNSA dibangunkan adalah sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Group Whatapps - Kerja di Selangor
Jawatan:

1. Pekerja Sambilan Harian (PSH) Gred 19


Kelayakan Akademik Pemohon:

- Warganegara Malaysia;

- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;

- Pemohon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

- Pemohon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pemohon diwajibkan membawa Sijil SPM.


Cara Memohon

- Pemohon boleh mengemukakan resume terkini beserta gambar pasport secara pos atau emel.

- Dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan ke TBNSA seperti alamat di bawah:-

Taman Botani Negara Shah Alam
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
(u.p.: Seksyen Pengurusan dan Pentadbiran)

Pemohon juga boleh menghantar resume melalui alamat emel TBNSA iaitu tbnsa@moa.gov.my.

“Tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi tiga (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi.”

Rujukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011.

Hanya pemohon yang layak akan dihubungi melalui telefon untuk hadir ke sesi temuduga pada masa yang akan ditetapkan oleh TBNSA


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Disember 2019


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment