Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Peguam Negara Malaysia - 13 Jan 2020 [47 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Jabatan Peguam Negara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Peguam Negara Malaysia

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 di Jabatan Peguam Negara Malaysia

Latar Belakang

Jabatan Peguam Negara (Tulisan Jawi: جابتن ڤڬوام نڬارا) merupakan jabatan kerajaan di Malaysia. Memberi perkhidmatan dan perundangan yang berkualiti dan akan sentiasa bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang dengan cekap, adil dan saksama.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  IJAZAH

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

Jabatan Peguam Negara - 36 Kekosongan

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan - 11 Kekosongan


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00);


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:
 
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Peguam Negara Malaysia seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 13 Januari 2020 (Isnin) jam 11:59 malam


Post a Comment