Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 4 Mac 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jawatan Kosong 2020 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. JURURAWAT U29
2. PEGAWAI PERUBATAN UD43


Maklumat Lanjut Jururawat U29


Skim Gaji
Minimum : RM1,797.00
Maksimum : RM5,753.00

Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM160.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM350.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal : RM 269.55


Syarat Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 
Maklumat Lanjut Pegawai Perubatan UD43


Skim Gaji
Minimum : RM 3,611.00
Maksimum : RM 10,560.00

Elaun
Imbuhan Tetap Keraian (ITK) : RM 400.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM 400.00
Bantuan Sara Hidup (BSH) : RM 300.00
Bantuan Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) : RM 750.00


Syarat Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UD43: RM 3,611.00).

 
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

a) Permohonan bagi jawatan lantikan baru adalah melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm 

b) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

c) Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Perkhidmatan Sumber Manusia
Aras 6, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur

Emel : hrhpkk@ukm.edu.my


Perhatian

1. Jawatan kosong di atas hendaklah diisi menggunakan borang secara online. (link untuk borang online, admin sediakan di bawah.

2. Untuk membaca syarat kelayakan jawatan di atas, sila klik pada setiap nama jawatan (pastikan masuk dahulu ke website ukm, sebelum klik pada jawatan. Link disediakan di bawah)
 




Tarikh Tutup Permohonan : 04 Mac 2021 (Khamis)

Post a Comment