Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) - 24 Julai 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Jawatan Kosong 2019 di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

Latar Belakang

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR N41

2. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29

3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

4. PELUKIS PELAN (SENI BINA)/PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

6. PENOLONG AKAUNTAN W29

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

8. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

9. PENGAWAL KESELAMATAN K11

10. PEMBANTU AWAM H11

11. PEMBANTU OPERASI N11


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat terus secara ATAS TALIAN menggunakan Sistem e-Jawatan KETENGAH yang boleh dilayari melalui laman web, http://ejawatan.ketengah.gov.my (link admin sediakan di bawah)

2. Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.

3. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-

(a) Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(b) Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
(c ) Borang tidak lengkap atau tidak terang;
(d) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;


Catatan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab sendiri.


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Julai 2021 (Sabtu)




Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Terengganu

Post a Comment