Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - 17 Ogos 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Latar Belakang

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil. 2 tahun 1973 (asal),pin.9 (1974) dan pin. bil 7 (1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perak
Jawatan:

1. EKSEKUTIF (Pegawai Integriti)


Tugas Dan Tanggungjawab:

Eksekutif (Pegawai Integriti) bertanggungjawab untuk menyelaras, merancang, melaksana dan memantau perlaksanaan fungsi teras Unit Integriti bagi memantap dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem tadbir urus dan prinsip integriti dalam Kumpulan PPPNP.

Fungsi teras yang menjadi tanggungjawab Pegawai Integriti merangkumi fungsi-fungsi berikut:
  • Tadbir Urus Yang Terbaik
  • Pengukuhan Integriti Dalam Organisasi
  • Pengesanan Dan Pengesahan Pelanggaran Tatakelakuan Dan Etika
  • Pengurusan Aduan
  • Pematuhan Undang-Undang Dan Peraturan
  • Urusetia Lembaga Tatatertib

Kelayakan:

Calon perlu mempunyai kemahiran yang baik, pengalaman profesional yang terbukti dan pengetahuan terperinci mengenai proses amalan terbaik industri.

Calon juga perlu mempunyai kelayakan seperti berikut:-
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, atau bidang yang sama dengan bidang Pengurusan dari IPTA / IPTS.
  • Pengalaman bekerja yang terbukti sebagai Pegawai Integriti atau pengalaman yang relevan diberi keutamaan.
  • Mempunyai tahap disiplin dan motivasi tinggi, “inter-personal” yang baik, boleh bekerja dengan minimum “supervision”, kemahiran menganalisis data, mampu menyelesaikan tugasan kerja tepat pada masanya dan sanggup bekerja di luar kawasan & luar masa bekerja.

Cara Membuat Permohonan:

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
(U.P. UNIT SUMBER MANUSIA)

Hanya calon-calon yang terpilih dan disenarai pendek sahaja akan dihubungi.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Ogos 2021


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap
Jom Join Telegram Khas : Kerja Kosong Negeri Perak

Post a Comment