Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosongdi Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 23 September 2021

Post a Comment
Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Jawatan Kosong 2021 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Usaha menubuhkan sebuah institusi hak asasi manusia pada peringkat nasional di Malaysia bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (United Nations Commission for Human Rights – UNCHR) pada tahun 1993 – 95 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli Suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 1995, Malaysia diberi penghormatan apabila ketua perwakilannya, Tan Sri Dato’ Musa bin Hitam dilantik sebagai Pengerusi sesi ke-52 UNCHR. Keanggotaan Malaysia dalam UNCHR dilanjutkan bagi penggal kedua, iaitu dari 1996-1998, dan seterusnya ke penggal ketiga, iaitu dari 2001-2003. Baca lagi..
Join Group KhasBanyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48
Bahagian Promosi Dan Kemasyarakatan (POD)


Tangga gaji : RM5,206.00 dan elaun tambahan sebanyak RM1,550.00 sebulan

Taraf  Jawatan : Tetap (Tidak Berpencen)

Bertempat di : Kuala Lumpur (Ibu Pejabat)

Kelayakan :
  • Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Sosial,
  • Hubungan Antarabangsa, Komunikasi Media atau bidang yang berkaitan dari Universiti atau Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya;
  • Mempunyai pengalaman bekerja berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun dan mempunyai pengetahuan dan kefahaman mengenai hak asasi manusia, keadilan sosial dan hubungan media di samping pengalaman dalam bidang pengurusan dan kewangan;
  • Kredit Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris
  • pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;
  • Mahir bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan
  • Mampu bekerja dalam pasukan dengan pemantauan yang minimum.

Tanggungjawab:
  • Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Promosi dan Kemasyarakatan (POD) akan bertanggungjawab, antara lain seperti berikut:
  • Mengawal selia Bahagian dan memantau pengurusan pegawai bawahan dari semasa ke semasa;
  • Merancang, melaksanakan dan memantau sasaran kerja tahunan serta perbelanjaan Bahagian.
  • Menganjurkan program kesedaran awam mengenai fungsi dan peranan SUHAKAM serta hak asasi manusia termasuk ceramah, roadshow dan aktiviti SUHAKAM Bersama Masyarakat;
  • Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak berkepentingan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mempromosi hak asasi manusia;
  • Mengendalikan kempen berkala untuk mempromosi isu tematik hak asasi manusia;

Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) melalui pos atau emel sebelum atau pada 23 September 2021 kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Puan Nurulhidayati Masdim : nurul_yati@suhakam.org.my
Puan Nur ‘Atiqah Hashim : atiqah@suhakam.org.my

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Nurulhidayati di talian 03-2612 5600 (Samb. 5607) atau Puan Atiqah di talian
03-2612 5600 (samb. 5611).

Post a Comment