Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark
HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

Perintah atau warta yang diwar-warkan oleh Menteri KSM telah pun keluar. Admin sediakan Warta ini dalam bentuk pdf untuk membolehkan anda muatturun dan print untuk semakan dan simpanan korang tidak kira anda adalah pekerja atau majikan. Admin juga akan mengupas sedikit bagi memudahkan permahaman kita semua.

1. LINK MUATTURUN WARTA PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

Berikut adalah link untuk korang muatturun Warta Perintah Gaji Minimum 2022 - Klik Sini

Admin ambil perenggan penting sahaja di dalam Warta Perintah Gaji Minimum 2022 untuk bacaan dan untuk diringkaskan selepas perenggan-perenggan penting ini.

Warta Perintah Gaji Minimum 2022 & Senarai Aktiviti Profesional di bawah MASCO

2. PERENGGAN PENTING DALAM WARTA PERINTAH GAJI MINIMUM 2022

Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022

4. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah seperti yang berikut:


(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh—(a) seseorang majikan yang mengambil kerja lima orang pekerja atau lebih; dan

(b) tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja, majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia. (rujuk penjelasan lanjut yang admin sediakan dibawah)


Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023

5. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah seperti yang berikut:


(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).


Kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, dsb. bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022

6. (1) Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah seperti yang berikut:



(2) Berhubung dengan seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu mengikut kawasan tempat kerja bagi tempoh mulai 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022 hendaklah tidak kurang daripada kadar seperti yang berikut:


(3) Perenggan ini terpakai bagi pekerja yang diambil kerja oleh seseorang majikan yang mengambil kerja kurang daripada lima orang pekerja selain majikan yang disebut dalam subsubperenggan 4(3)(b).


3. KESIMPULAN

Untuk senang faham, admin ringkaskan seperti di bawah:-


1) MULAI 1 MEI 2022 WAJIB BAYAR RM1500

i - Jika majikan mempunyai 5 atau lebih pekerja.
ii -Tidak kira berapa jumlah pekerja, asalkan majikan menjalankan suatu aktiviti profesional (rujuk penjelasan lanjut yang admin sediakan dibawah)


2. MULAI 1 MEI 2022 HINGGA 31 DIS 2022

i - jika majikan mempunyai kurang pekerja dari 5 orang. 

Kekal gaji RM1200/RM1100 ikut kawasan bandaraya/perbandaran/daerah


3. MULAI 1 JANUARI 2023

Semua majikan perlu bayar gaji pokok RM1500, tiada pengecualian.


4.  PENJELASAN MENGENAI PENGKELASAN AKTIVITI PROFESIONAL DI BAWAH MALAYSIA STANDARD CLASSIFICATION OF OCCUPATIONS (MASCO)

Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional, contohnya seorang doktor yang menjalankan perniagaan klinik kesihatan, dikategorikan sebagai suatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah MASCO dikehendaki mematuhi Perintah ini mulai 1 Januari 2013 tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan. 

Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: 

Profesional, terdapat tujuh kumpulan sub utama iaitu: 

(a) Profesional Sains dan Kejuruteraan; 
(b) Profesional Kesihatan; 
(c) Profesional Perguruan; 
(d) Profesional Perniagaan dan Pentadbiran; 
(e) Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi; 
(f) Profesional Undang-Undang, Sosial dan Kebudayaan; dan 
(g) Profesional Perkhidmatan Hospitaliti, Runcit dan Perkhidmatan Lain.


PIAWAIAN PENGELASAN PEKERJAAN MALAYSIA (MASCO) 2008  EDISI KETIGA 

KUMPULAN UTAMA 2 - PROFESIONAL 

Profesional meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada, mengaplikasikan konsep dan teori sains atau seni, mengajar tentang apa yang berlaku secara sistematik, atau melibatkan diri dalam mana-mana gabungan daripada ketiga-tiga aktiviti ini. Kebanyakan pekerjaan dalam kumpulan ini memerlukan kemahiran pada tahap yang keempat. 

21 PROFESIONAL SAINS DAN KEJURUTERAAN 
211 Ahli Fizik, Kimia, dan Profesional Berkaitan 
212 Ahli Matematik, Aktuari, dan Perangkawan 
213 Profesional Sains Hayat 
214 Profesional Kejuruteraan (Tidak Termasuk Elektroteknologi) 
215 Jurutera Elektroteknologi 
216 Arkitek, Perancang, Juruukur, dan Pereka 
217 Pengawal Kapal, Pesawat, dan Kereta Api/Lokomotif 
218 Profesional Perlombongan, Pembuatan, dan Pembinaan 

22 PROFESIONAL KESIHATAN 
221 Doktor Perubatan 
222 Profesional Kejururawatan dan Perbidanan 
223 Profesional Perubatan Tradisional dan Komplementari 
224 Pengamal Paramedikal 
225 Pakar Veterinar 
226 Profesional Kesihatan Lain 

23 PROFESIONAL PERGURUAN 
231 Profesional Perguruan Universiti Dan Pendidikan Tinggi 
232 Guru Pendidikan Vokasional 
233 Guru Pendidikan Menengah 
234 Guru Pendidikan Rendah Dan Prapendidikan Rendah 
235 Guru Muzik, Seni, Dan Seni Persembahan 
236 Guru Bahasa 
237 Guru Agama 
238 Pengajar Kemahiran Teknologi Dan Teknikal 
239 Profesional Perguruan Lain 

24 PROFESIONAL PERNIAGAAN DAN PENTADBIRAN 
241 Profesional Kewangan 
242 Profesional Pentadbiran 
243 Profesional Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam 
244 Profesional Badan Pengawalaturan 

25 PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 
251 Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi 
252 Profesional Pangkalan Data dan Pentadbir Sistem 

26 PROFESIONAL UNDANG-UNDANG, SOSIAL, DAN KEBUDAYAAN 
261 Profesional Undang-Undang 
262 Pustakawan, Juruarkib, dan Kurator 
263 Profesional Sosial, Keagamaan dan Yang Berkaitan 
264 Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik 
265 Artis Kreatif dan Persembahan 

27 PROFESIONAL PERKHIDMATAN HOSPITALITI, RUNCIT DAN PERKHIDMATAN LAIN 
271 Profesional Hotel, Restoran, Hospitaliti dan Berkaitan 


*Jika tidak faham, boleh komen di bawah. Admin usaha untuk jawab semua soalan anda.

Oleh admin banyakjawatan.my
28/04/2022
9:58 pagi