Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pekan - 26 Mei 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Pekan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pekan

Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Pekan

Latar Belakang

Majlis Daerah Pekan ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 bersamaan 17 Dzulkaedah 1408 Hijrah. Encik Hashim bin Abdul Wahab, AMP., PJK., sebagai Yang Dipertua pertama, dibantu oleh 13 orang Ahli Majlis dan 74 orang kakitangan. Dilancarkan secara rasmi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, pada 3hb November 1990. Keluasan kawasan MDP adalah kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no. PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2,351.8km persegi.

Pada dasarnya bidang tugas Majlis Daerah Pekan meliputi perancangan fizikal, ekonomi serta sosial ke arah kemantapan pembangunan Bandar Pekan dan memberikan perkhidmatan perbandaran yang efisyen juga bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar Pekan.

Pentadbiran Majlis Daerah Pekan sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu, MDP akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pengunjung.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29 (`Contract For Service’ (CFS)

2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29 (`Contract For Service’ (CFS)

3. PEREKA B19 Pekerja Sambilan Harian (PSH)

4. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19 Pekerja Sambilan Harian (PSH)


Cara Memohon:

1. Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:

i) Mengemukakan dokumen palsu

ii) Tidak menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Pekan.

iii) Tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan.

iv) Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan tidak disahkan.

v) Permohonan diterima selepas tarikh tutup.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri.

4) Sila ambil maklum pengambilan bagi jawatan Contract For Services (CFS) dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.


* Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2022 (Khamis)



Post a Comment