Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 25 November 2022 - KERJA KOSONG 2023 | JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2023
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 25 November 2022

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)


Jawatan:

1. PEGAWAI PEPERIKSAAN GRED DG41 - 3 kekosongan

Gaji permulaan:
RM2,188.00
Elaun:
ITKA : RM300.00
ITP : RM300.00
BISH : RM300.00

Syarat Lantikan:

(i) Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dalam bidang Bahasa Inggeris.

(ii) kepujian subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan


2. PENOLONG JURU AUDIT GRED W29 - 1 kekosongan

Gaji permulaan:
RM1,776.08
Elaun:
ITKA : RM160.00
ITP : RM300.00
BISH : RM350.00

Syarat Lantikan:

(i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(ii) Certified Accounting Tecnician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan;

(iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(iv) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(v) kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Cara memohon:

Permohon hendaklah mengisi borang permohonan secara online di http://apps.mpm.edu.my/erecruitment/. (link admin ada sediakan di bawah)


Catatan:

a) Hanya calon yang terpilih akan dihubungi untuk temu duga.

b) Permohonan yang lewat atau tidak mengikut peraturan akan ditolak.

c) Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh 30 hari dari tarikh iklan ditutup.


Tarikh Tutup Permohonan : 25 November 2022 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2021 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Pengenalan

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang ditubuhkan pada 1 Februari 1980 di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia [Akta 225] ialah sebuah badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis perasmian penubuhan MPM telah disempurnakan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu, iaitu YB Dato' Musa bin Hitam pada 22 April 1980.

Matlamat penubuhan MPM adalah untuk mengelolakan peperiksaan-peperiksaan tertentu dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan-peperiksaan itu. Peperiksaan yang diwartakan ialah peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1982 untuk menggantikan peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) yang dikendalikan oleh University of Cambridge Local Examinations Syndicate (UCLES).


0 Response to "Jawatan Kosong di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) - 25 November 2022"

Post a Comment