Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang - 21 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 - 1 Kekosongan

2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 - 2 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED  L29 - 1 Kekosongan

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 1 Kekosongan

5. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29 - 1 Kekosongan

6. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29 - 1 Kekosongan

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19 - 6 Kekosongan


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui laman web.: www.mainpp.gov.my.

(b)Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm.

(c) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.

(d) Permohonan yang berikut akan ditolak:

(i) Tidak menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.

(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

(iv) Tidak disertakan gambar terkini berukuran passport

(v) Tidak disertakan salinan Mykad, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kelulusan Akademik (berkaitan permohonan) dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.

(vi) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan beserta salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

(vii) Tidak ditandatangani; dan

(viii) Lewat diterima

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 7, 8 & 9, Menara JKP
No.128, Jalan Macalister
10400 PULAU PINANG.


Catatan Am:

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Segala perbelanjaan bagi urusan temuduga hendaklah ditanggung oleh calon sendiri.

(d) Hanya calon yang berjaya dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.

(e) Keutamaan akan diberi kepada anak Negeri Pulau Pinang yang cergas dan mempunyai daya inisiatif/ komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan serta mempunyai pengetahuan yang baik dalam agama Islam.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 November 2022 (Isnin)





Jawatan Kosong 2022 di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Pengenalan

Sebelum penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai, iaitu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, telah ada terbentuk dengan apa yang dipanggil Lembaga Penasihat Ugama Islam. Lembaga ini adalah bertugas sebagai penasihat dan bertanggungjawab mengenai hal ehwal Agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang. Antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga ini adalah untuk mengkaji dan mengesyorkan supaya suatu badan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai hal ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Dalam tahun 1955 satu Jawatankuasa telah dilantik oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengkaji penubuhan Majlis Agama Islam. Usaha-usaha ke arah ini berjalan agak perlahan sedikit. Ini adalah memandangkan kepada beberapa pergolakan yang timbul dalam negara ini dalam usaha-usaha ke arah mencapai kemerdekaan. Dalam tahun 1957, setelah negara mencapai kemerdekaan, satu Jawatankuasa Khas telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Post a Comment