Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Alam Sekitar (JAS) - 15 November 2022 [12 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Alam Sekitar (JAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Alam Sekitar (JAS)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI KAWALAN ALAM SEKITAR GRED C29 - 12 Kekosongan


Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,505.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


Syarat Lantikan:
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • diploma dalam bidang mikrobiologi, kimia industri, kejuruteraan awam, mekanikal, alam sekitar atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12)

Syarat Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Deskripsi Tugas:

Melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan Akta Zon Ekonomi Ekslusif 1984 dan peraturan-peraturan di bawahnya, pemeriksaan alat-alat pembakaran bahan api, logi pengolahan efluen dan kawalan pencemaran alam sekitar. 


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Alam Sekitar (JAS) seluruh negeri. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 15 November 2022 (Selasa) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Dasar JAS

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk mencapai; (1) Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan, (2) Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan (3) Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Post a Comment