Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kementerian Komunikasi - 7 Ogos 2024 [28 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2024 di Kementerian Komunikasi | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Komunikasi

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: BAKAT DAN KEBOLEHAN DAN PENGALAMAN / STPM / MATRIKULASI KPM / DIPLOMA

1. PEREKA GRED B29 - 28 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum RM1,499.00
Gaji Maksimum : RM5,679.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,499.00); atau

(iii) diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM1,777.78).


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menyediakan reka bentuk dan lay-out grafik, bahan-bahan pameran, fotografi, percetakan dan termasuk pengurusan bahan serta peralatan yang berkaitan.


Makluman:

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Komunikasi seluruh Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 07 Ogos 2024 (Rabu) jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan di Kementerian Komunikasi dan Digital-banyakjawatanmy

Sejarah 

Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia , Nama singkatan, KKD. ialah penjenamaan semula daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berkuatkuasa pada 3 Disember 2022, oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke-20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Manakala itu, Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perang saraf dan gerak saraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950.