Jawatan Kosong 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Selangor
Jawatan:
1. PEGAWAI EKSEKUTIF (N5)
Syarat Kelayakan:
1. Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan memiliki
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,493.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N5: RM1,770.95)
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
3. Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan Penguatkuasaan Undang-Undang.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 05 Disember 2024 (Khamis)
Tentang
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor ditubuhkan hasil daripada transformasi UiTM yang mewujudkan Model Tadbir Urus 1 UiTM MultiSistem dengan fokus utamanya sebagai universiti berintensifkan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Penglibatan Masyarakat. UiTM Cawangan Selangor ditubuhkan secara rasminya pada 1 November 2015 dengan pelantikan Rektor pertama iaitu YBhg. Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah.