Jawatan Kosong 2026 di Tenaga Nasional Berhad (TNB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Tenaga Nasional Berhad
Jawatan:
1. PENOLONG JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Wajib Memiliki Sijil Penjaga Jentera (A1 atau A4).
- Bukan daripada kalangan Warga Kerja TNB atau Anak Syarikat TNB.
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus enam (6) mata pelajaran termasuk:
- Bahasa Malaysia
- Matematik atau Sains
ATAU
- Memiliki Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan syarat:
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya gred C)
- Purata Nilai Kumulatif Akademik sekurang-kurangnya 2.00
- Purata Nilai Kumulatif Vokasional sekurang-kurangnya 2.67
- Kompeten semua modul vokasional
- Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan Memiliki Sijil Penjaga Jentera (A1 atau A4)
- Sihat tubuh badan dan tidak menghidap penyakit kronik.
- Tidak rabun warna.
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Boleh bekerja dalam satu pasukan.
- Sanggup ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
Cara Memohon:
Semua permohonan pengisian jawatan melalui iklan perlu dihantar secara 'on-line' melalui :-
Laman web https://www.jobs.tnb.com.my atau
Laman web https://www.tnb.com.my/aboutTNB/career/_>>ELECTRIFYINGCAREER
Maklumat Lanjut:
Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.
*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat di atas sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh tutup permohonan : 13 September 2026 (Ahad)
Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional; TENA, MYX: 5347) adalah syarikat bekalan elektrik yang terbesar di Malaysia. Aset perniagaannya adalah sejumlah RM 60.0 billion. Bilangan pelanggan adalah lebih 6 juta akaun di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.

-banyakjawatan.png)