Jawatan Kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang - 27 Oktober 2026
Jawatan Kosong 2026 di Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang
Jawatan:
1. PEMBANTU KHIDMAT AM (GRED H1)
Jadual Gaji: RM1,500.00 - RM4,680.00 (Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00)
Syarat Kelayakan Utama:
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), atau SPM berserta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2/3 dalam bidang berkaitan.
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau SVM.
- Memiliki lesen memandu yang sah (Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I kecuali Lesen Memandu Percubaan 'P') serta berkebolehan memandu dan mengendali kenderaan.
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki SKM atau berkemahiran untuk kerja-kerja asas pertukangan.
* Sumber iklan jawatan kosong ini adalah melalui Facebook rasmi agensi berkenaan. Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Close date : 27 Oktober 2026 (Selasa)
JKR Pahang dahulunya dikenali sebagai Public Work Department adalah salah sebuah organisasi yang terpenting dalam kerajaan. Ini kerana perkhidmatan yang ditawarkan oleh JKR Pahang bukan sahaja menyediakan infrastruktur awam seperti bangunan, jalanraya, jambatan, air dan elektrik malah khidmat nasihat teknikal juga diberikan kepada mana-mana agensi kerajaan atau swasta dalam melaksanakan pembangunan didalam negeri ini.
JKR Pahang mula ditubuhkan pada tahun 1926 dimana pejabat pertamanya terletak di Kuala Lipis dan Pengarah pertama JKR Pahang adalah W.J. Smith. Pada tahun 1960an Pejabat JKR Pahang telah berpindah dari Kuala Lipis ke Kuantan berikutan penukaran pusat pentadbiran dan bangunan pertamanya terletak di Jalan Masjid, Kuantan. Pada tahun 1970an Pejabat JKR Pahang berpindah pula ke Wisma Negeri dan pada tahun 1985 sekali lagi berpindah ke bangunan Kompleks Tun Razak (KOMTUR) sehinggalah sekarang. Bermula dari tahun awal pembukaannya, JKR Pahang telah ditadbir oleh 26 orang Pengarah yang meliputi pelbagai bangsa.
%20Negeri%20Pahang-banyakjawatanmy.png)