Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 2 November 2026
Jawatan Kosong 2026 di Parlimen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia
Jawatan:
1. JURUAUDIO VISUAL GRED N1
Sumber Maklumat Jawatan:
Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan iklan pengambilan yang diterbitkan melalui saluran rasmi jabatan atau agensi berkenaan. Pemohon disarankan untuk merujuk pautan sumber rasmi yang disediakan bagi menyemak syarat kelayakan, tatacara permohonan dan maklumat berkaitan.
Tarikh tutup : 02 November 2026 (Isnin)
Pautan Iklan Asal : Lihat Iklan Asal ↗
Pautan Permohonan : Borang Permohonan ↗
Latar Belakang
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
