BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Job

Jawatan Kosong di Permodalan Nasional Berhad (PNB) - 20 November 2026

Jawatan Kosong 2026 di Permodalan Nasional Berhad (PNB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Permodalan Nasional Berhad (PNB)


Jawatan:

1. CUSTOMER SERVICE OFFICER, SALES

2. RELATIONSHIP MANAGER, SALES

3. ASSISTANT VICE PRESIDENT, INVESTMENT ADVISORY


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..


Tarikh Tutup Permohonan : 13 - 20 November 2026



Jawatan Kosong di Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Company Overview

Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan sebuah syarikat pengurusan pelaburan utama di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai salah satu instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB). PNB berperanan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pemilikan ekuiti korporat serta menggalakkan budaya menabung dan melabur dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), PNB menawarkan pelbagai dana unit amanah termasuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Malaysia (ASM).

Aktiviti utama PNB merangkumi pengurusan dana pelaburan, penyelidikan pasaran modal, pelaburan ekuiti, hartanah dan pengurusan aset strategik. Operasinya melibatkan bidang kewangan, perakaunan, ekonomi, analisis pelaburan, pengurusan risiko, teknologi maklumat, perundangan dan pentadbiran. Melalui strategi pelaburan jangka panjang serta pengurusan aset yang berhemah, PNB terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh kedudukan kewangan pelabur dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.