BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Job

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) - 27 Oktober 2026

Jawatan Kosong 2026 di Perbadanan Stadium Darul Makmur | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Stadium Darul Makmur


Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN / OPERASI) N1

2. PEMBANTU KHIDMAT AM H1


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Oktober 2026 (Selasa)




Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Darul Makmur (PSDM) -banyakjawatanmy
Objektif
    Perbadanan Stadium Darul Makmur,  telah ditubuhkan pada tahun 1973. Berfungsi sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertangunggjawab mengurus segala aktiviti pentadbiran dan penyelenggaraan Stadium Darul Makmur. Perbadanan ini ditadbir urus dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dibawah Enakmen No. 5, 1973 (pindaan 1989) yang berkuatkuasa pada 29 Jun 1973.

    Sejajar dengan fungsi organisasi ini sebagai agensi yang memajukan kepentingan sukan Negeri Pahang, Perbadanan Stadium Darul Makmur bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara bangunan stadium dan kawasan persekitarannya untuk kegunaan khususnya aktiviti sukan olahraga dan bola sepak. Selain itu aktiviti lain seperti kegiatan kebudayaan, riadah, perentang masa, pertunjukkan dan perbarisan juga perlu diberikan perhatian kerana aktiviti ini adalah merupakan antara sumber hasil yang diperolehi untuk tujuan pembiayaan.