Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) - 21 Oktober 2026
Jawatan Kosong 2026 di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM)
Jawatan:
1. PEMBANTU KHIDMAT AM / PEMBANTU KEMAHIRAN H1
Lokasi Penempatan: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Bukit Jalil
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.
- Memiliki Kepujian Bahasa Melayu sekurang-kurangnya Gred C di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
* Sumber iklan jawatan kosong ini adalah melalui Facebook rasmi agensi berkenaan. Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 21 Oktober 2026
Latar Belakang
Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) merupakan sebuah badan berkanun kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). PSM berfungsi mengurus dan menyelenggara kompleks dan arena sukan yang telah dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Kompleks dan arena sukan yang berada di bawah pengurusan PSM bukan sahaja dibuka untuk tempahan acara sukan tetapi juga untuk acara bukan sukan seperti konsert, konvensyen, ekspo dan pameran, majlis perkahwinan dan acara-acara lain yang bersesuaian mengikut arena pilihan.
%20%20-%20banyakjawatanmy.png)