BANYAKJAWATAN.MY PORTAL KERJAYA NO. 1 DI MALAYSIA

ᯓ★ Latest Jobs

umt

Jawatan Kosong 2026 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (BELIA DAN SUKAN) GRED N9

2. PUSTAKAWAN GRED S9

3. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W1

4. PEMBANTU LAUT GRED A1

5. PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S1

6. PENOLONG AKAUNTAN GRED W5


Sumber Maklumat Jawatan:

Maklumat jawatan kosong ini adalah berdasarkan iklan pengambilan yang diterbitkan melalui saluran rasmi agensi berkenaan. Pemohon disarankan untuk merujuk pautan sumber rasmi yang disediakan bagi menyemak syarat kelayakan, tatacara permohonan dan maklumat berkaitan.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 November 2026 (Selasa)


Pautan Iklan Asal : Lihat Iklan Asal ↗

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Latar Belakang

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.