Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad - 1 February 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Pos Malaysia Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pos Malaysia Berhad

Jawatan Kosong


Sejarah

Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya. Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos.

Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos. Bagaimanapun sistem ini berubah apabila setem-setem India mempunyai cetakan mahkota dan setem-setem Selat cetakan dolar dan sen diperkenalkan pada 1867. Setem-setem pos berbayar pertama telah diperkenalkan pada 1901. Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda.

Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos). Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan. Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya



Jawatan:


1. KERANI
Gaji + Elaun : RM1,300.00 serta faedah-faedah yang menarik
Penempatan : Kedah / Perlis


Syarat Kelayakan:

• Warganegra Malaysia

• Lelaki/Wanita

• Berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun

• Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan,

• Mendapat kepujian dalam salah satu mata pelajaran beriku:

• Matematik/Matematik Tambahan/Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas/ setaraf dengannya dan,

• Lulus subjek bahasa Inggeris

• Boleh bertutur dalam bahasa Inggeris

• Berkemahiran dalam mengendalikan komputer

• Sanggup bekerja lebih masa dan tugas-tugas shif


Faedah:

• Berjawatan tetap

• Caruman KWSP, Perkeso dan bonus (mengikut kelayakan)

• Uniform dan kemudahan rawatan percuma


Cara memohon:

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas diminta menghantarkan resume serta s1alinan sijil-sijil akademik (PMR/SPM), 1 keping gambar berukuran passport serta dokumen yang berkaitan (tidak dikembalikan) ke alamat berikut:

PENGURUS SUMBER MANUSIA
POS MALAYSIA BERHAD KEDAH/PERLIS
JALAN STADIUM
05670 ALOR SETAR KEDAH


* Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga


Tarikh tutup permohonan : 01 February 2017

Post a Comment