Jawatan Kosong di Tabung Haji Berhad - 6 April 2017

Jawatan Kosong 2017 di Tabung Haji Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tabung Haji Berhad

Jawatan Kosong 2017 di Tabung Haji Berhad


Pengenalan


Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah Institusi Kewangan Islam unggul di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963,TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam Deposit, Perkhidmatan & Operasi Haji dan Pelaburan. Sebagai sebuah Pengurus Dana Islam terbesar negara dengan dana melebihi RM62 bilion, TH berusaha untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.

TH menumpukan kepada perkhidmatan haji yang cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif oleh kebanyakan Negara Islam di dunia.

TH terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran, baik di dalam negara dan di arena antarabangsa dengan menceburi bidang pelaburan di beberapa sektor seperti perladangan, pembangunan hartanah dan pembinaan, kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas dan hospitaliti. Dengan keuntungan bersih melebihi RM3 bilion, TH mampu memberi pulangan yang kompetitif kepada pemegang kepentingannya setiap tahun.



Jawatan:


1. PENGURUS DANA (EKUITI ASING)


2. PENGURUS KANAN DANA (PENDAPATAN TETAP)


3. PENGURUS KANAN DANA (EKUITI ASING)


4. PENGANALISA KREDIT


Tarikh Tutup Permohonan : 06 April 2017