Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4

Temuduga Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) - 29, 30 April & 2 Mei 2024

Post a Comment
Temuduga Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Polis Diraja Malaysia (PDRM)


Jawatan:

1. KONSTABEL POLIS GRED YT1

Deskripsi : Jawatan Konstabel Polis Gred YT1 juga dikenali dengan Konstabel Sokongan bagi calon yang memiliki kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).


Tarikh:  29 April 2024, 30 April 2024 & 02 Mei 2024

Masa: 7.15 pagi - 8.30pagi

Tempat: Mengikut jadual dilampirkan (klik link yang admin sediakan di bawah)


Bagi calon yang layak wajib mencetak dokumen-dokumen berikut melalui Telegram Unit Pengambilan PDRM menerusi pautan http://t.me/unitpengambilanpdrm

- Borang Ganti Rugi (1 salinan)

- Borang Maklumat Peribadi Calon (1 salinan)

- Borang Tapisan (4 salinan) tanpa gambar


Sekiranya calon tidak menepati syarat kelayakan akademik, calon tidak akan menjalani Pemeriksaan Fizikal & Ujian Kecergasan Fizikal. Sila rujuk lampiran.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian help desk 03-22668348/8350/8351
Semoga berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Temuduga Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM)-banyakjawatan-iv

Latar Belakang

Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 113,336 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Post a Comment