Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) - 14 April 2017

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD)

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.

Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.

Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.


Jawatan:

1. AKAUNTAN W41

2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

5. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29

6. JURUTEKNIK KOMPUTER JA29

7. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19

8. PEMANDU KENDERAAN H11

9. PENGHANTAR NOTIS N11

10. PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN & OPERASI N19

11. PEGAWAI PENILAIAN W41

12. JURUTERA J41

13. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

14. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41

15. PEMBANTU KESIHATAN AWAM  U19

16. PEMBANTU OPERASI N11

17. PEMBANTU AWAM H11

18. PEMBANTU KHAS / PEM. SETIAUSAHA PEJABAT / SETIAUSAHA PEJABAT N19 / 22


Cara-Cara Memohon:

i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x 35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada laman web http://mpd.terengganu.gov.my. atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

ii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :

a) Gambar berukuran ’passport’ (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
b) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
c) Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
d) Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan ; dan
e) Salinan dokumen kelayakan akademik berkaitan yang disahkan
f) Pegawai sedang Berkhidmat hendaklah disertakan Laporan ’ SULIT’.

B) Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2017


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan