Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) - 31 January 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2018 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Jawatan Kosong Terkini 2018 di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

Sejarah 

Pada 21 Disember 2005, Kerajaan telah memutuskan untuk menggabungkan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi (BJK,KPT) menjadi sebuah entiti baru yang bertanggungjawab ke atas jaminan kualiti pengajian tinggi negara bagi sektor awam dan swasta.

Entiti berkenaan yang dinamakan sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 ekoran penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 dan secara rasminya dilancarkan oleh YB Dato' Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi pada 2 November 2007.

Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. MQA berperanan sebagai badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.


Jawatan:

1. PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)


Syarat Lantikan:

• berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ini;

• memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• lulus SPM atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

• kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Catatan Am:

• Gaji Sehari : Akan dibayar berdasarkan bilangan hari bertugas Ijazah Sarjana Muda RM100 sehari
SPM RM54 sehari

• Perkhidmatan PSH ini adalah untuk tempoh tiga (3) bulan. Sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi;

• Sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu dan bercanggah dengan maklumat pada dokumen sebenar, pihak MQA berhak membatalkan pelantikan calon;

• PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Kerajaan kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan;

• Pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik MQA melalui proses pengambilan biasa; dan

• Keputusan pemilihan calon oleh MQA adalah muktamad.


Cara memohon:

Calon yang berminat perlu mengemukakan borang seperti di Lampiran (di bawah) berserta salinan Ijazah Sarjana Muda, salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan salinan kad pengenalan kepada norealyza@mqa.gov.my / afidah@mqa.gov.my / nhaslizaismail@mqa.gov.my atau suhaila@mqa.gov.my selewat-lewatnya pada 31 Januari 2018 (Rabu) jam 4.00 petang.

Pengesahan mengenai tarikh temu duga akan dimaklumkan terus kepada calon yang berkelayakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan urusan ini boleh diajukan kepada BPSM di talian 03-8688 3678 (Puteri Afidah Mohd Hassan) / 3679 (Norealyza Mohd Hussin) / 3680 (Norhasliza Hj Ismail) atau 3681 (Suhaila Abd Aziz).



Post a Comment