Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majis Daerah Setiu - 3 September 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Majis Daerah Setiu | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majis Daerah Setiu


Latar Belakang

Majlis Daerah Setiu terletak di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.Kedudukannya adalah lebih kurang 70 kilometer dari bandar Kuala Terengganu dan 40 kilometer dari bandar Jerteh.

Sejarah Penubuhan
Majlis Daerah Setiu ditubuhkan pada 1 Jun 1985 mengikut Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 335 bertarikh 6 Jun 1985 dan merupakan pihak berkuasa tempatan yang ke 7 bagi negeri Terengganu.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Setiu terbahagi kepada sebuah bandar utama, iaitu Bandar Permaisuri ( Pusat Daerah ) dan 8 pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam konteks menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk


Like Page Khas - Kerja Kosong Terengganu
Jawatan:

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N19

2. PENGHANTAR NOTIS N11


Cara-Cara Memohon:

(a) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang MDS. TR. 1 yang boleh didapati di Laman Sesawang Majlis Daerah Setiu http://mds.terengganu.gov.my

(b) Permohonan hendaklah disertakan satu salinan dokumen yang berkaitan yang disahkan seperti berikut:-   (i) Kad Pengenalan, Sijil kelahiran, Surat Berhenti Sekolah yang disahkan (ii) Sijil kelulusan pelajaran yang disahkan (iii) Kad Pengenalan Ibubapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu (iv) Lesen memandu (berkaitan) dan; (v) Sekeping gambar warna (terkini) berukuran passport   (lekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan)

[Pegawai yang layak untuk buat pengesahan ialah Pegawai Kerajaan Kumpulan ‘A’, Wakil Rakyat, Jaksa Pendamai, Pengamal Undang - Undang, Pesuruhjaya Sumpah, Pengetua/Guru Besar ( Sekolah Kerajaan Sahaja ) , Penghulu , Pengerusi JKKK, Pegawai Polis berpangkat ASP Keatas, Pegawai Tentera berpangkat kapten atau setaraf dan keatas] 

(c) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masingmasing dengan menyertakan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (termasuk Kenyataan Cuti) serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut.

(d) Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan (borang yang tidak lengkap tidak akan diproses).

(e) Tarikh tutup permohonan termasuk permohonan melalui pos hendaklah di terima oleh Majlis Daerah Setiu selewat-lewatnya sebelum/pada 03 September 2018

(f) Permohonan yang di terima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

(g) Majlis Daerah Setiu tidak akan bertanggungjawab keatas semua perbelanjaan calon yang akan menghadiri temuduga tersebut.  Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

(h) Borang permohonan yang lengkap sempurna diisi hendaklah di hantar ke alamat di bawah dan sila nyatakan jawatan yang dipohon di hujung kiri penjuru sampul surat;

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu,Wisma MDS
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 03 September 2018


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan

Post a Comment