Jawatan Kosong di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) - 27 Januari 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) - 27 Januari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Jawatan Kosong 2019 di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Dasar Kualiti

Perpustakaan Negara Malaysia (atau PNM) (Jawi: ڤرڤوستاکاءن نݢارا مليسيا) ialah agensi yang bertanggungjawab menyimpan koleksi khazanah ilmu di peringkat kebangsaan untuk generasi masa kini dan masa hadapan. PNM telah ditubuhkan pada tahun 1966. Ketika itu, PNM hanyalah sebuah unit di bawah Arkib Negara yang berperanan kecil untuk melaksanakan Akta Pemeliharaan Buku-Buku 1966 dan penerbitan Bibliografi Negara Malaysia. Perpustakaan Negara mula membuka Bahagian Rujukan kepada orang awam selepas Akta Perpustakaan Negara 1972 diluluskan.

Projek pembinaan bangunan PNM dimulakan pada 1978 di Jalan Tun Razak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bangunan PNM mencerminkan keperibadian Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu sementara konsep minda pula mempengaruhi seni bina dalaman. Suasana ruang melambangkan gerakan fakulti intelek yang terbuka luas. Bangunan ini siap dibina dan dirasmikan pada tahun 1992.

PNM kini mempunyai 500 orang kakitangan dan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah PNM iaitu Nafisah bt Ahmad dan seorang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Maizan bt Ismail.


Kerja Kosong Kerajaan
Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM/SKM/SVM

1. PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S19

Jumlah kekosongan : 2 Kekosongan


Semua kekosongan jawatan adalah di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Januari 2019 (Ahad) jam 11:59 malam

2 Responses to "Jawatan Kosong di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) - 27 Januari 2019"

  1. saya nak minta macam mana dapat borang PNM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk jawatan kosong di atas, tak memerlukan borang utk diisi kerana untuk memohon jawatan tsbt, perlu isi online melalui SPA.. kan admin dah tulis dan sediakan link utk mohon online

      Delete