Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) - 18 April 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Jawatan Kosong 2019 di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC)

Latar Belakang

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia-beliawanis tempatan tempatan bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pelbagai aspek pekerjaan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf sosial.

Program tersebut telah memberi impak yang baik dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia. Ekoran itu, Kerajaan Negeri menubuhkan pusat latihan berasaskan kemahiran untuk memberi peluang latihan yang lebih formal dan teratur kepada belia tempatan. Pada 14 September 1996, maka Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) telah ditubuhkan.


Like Page Khas - Kerja Kosong Terengganu
Jawatan:

1.  Penjaga Jentera, BO Chargeman  (J19)


Syarat Kelayakan/Kelulusan:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Keutamaan jika ada pengalaman berkaitan solar.

iv. Mempunyai pengangkutan sendiri dan boleh bekerja sendiri/berpasukan dalam minimum pantauan.

v. Mempunyai Sijil Penjaga Jentera Voltan Tinggi, BO (Sitem Voltan melebihi Voltan Rendah Tanpa Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan melebihi Voltan Rendah sehingga 11kv) dari Suruhanjaya Tenaga.

vi. Berkemahiran dalam penggunaan Perisian Autocad untuk melakukan kerja-kerja melukis lukisan pendawaian akan diberikan keutamaan.

vii. Berpengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam melaksanakan kerja servis ‘switchgear dan unit transformer’.

viii. Berkemahiran dalam penggunaan komputer, Microsoft Word dan Excel. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

ix. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

x. Keutamaan diberikan kepada yang tinggal di sekitar Dungun.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 18 April 2019 (Khamis)

Post a Comment