Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - 28 April 2019 [136 Kekosongan]

1 comment
Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Jawatan Kosong 2019 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pengenalan

Sejarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bermula pada 22 Ogos 1934 melalui penubuhan Malayan Establishment Office (MEO) atau Pejabat Perjawatan Malaya yang beroperasi di City Hall, Singapura. Apabila pentadbiran dipindahkan ke Tanah Melayu pada tahun 1954, Jabatan ini turut dipindahkan ke Kuala Lumpur dan beribu pejabat di Bangunan Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin. Pertambahan fungsi dan saiz seterusnya memerlukan Jabatan ini berpindah ke lokasi baru di Bangunan UMBC, Jalan Sulaiman seterusnya ke Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara sebelum berpindah ke Wisma Bernama, Jalan Tun Razak. Bagi memudahkan pelanggan berurusan, beberapa Bahagian yang menyediakan perkhidmatan kaunter telah ditempatkan di pusat bandaraya Kuala Lumpur seperti Cawangan Perundingan dan Rekod di Wisma PKNS, Jalan Raja Laut, Bahagian Pencen di Bangunan KWSG, Jalan Kampung Attap dan Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya di Bangunan PERKIM, Jalan Raja Laut.


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  SPM / SKM (KUMPULAN PELAKSANA)

1. PEMBANTU TADBIR (PEKERANIAN / OPERASI) GRED N19 - 136 Kekosongan



Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.


Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 28 April 2019 (Ahad) jam 11:59 malam


1 comment

Post a Comment