Jawatan Kosong Terkini 2017 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor)
Pengenalan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor ( SPN Selangor) telah ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Bab 10 Fasal 97(9) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tanggungjawab Suruhanjaya, sepertimana diperuntukan dibawah Bab 10 Fasal XCVII (9) Undang – Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah seperti berikut :-
“ Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang sedia ada dan kepada peruntukan-peruntukan bahagian ini, maka adalah menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk melantik, mengesahkan dan memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan yang diliputi bidang kuasanya.”
Sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes pelanggaran tatatertib dengan tujuan dikenakan hukuman turun pangkat atau buang kerja. Walaubagaimanapun, Suruhanjaya boleh menjatuhkan hukuman yang lebih ringan.
Sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib, Suruhanjaya mempunyai bidang kuasa untuk menimbang dan memutuskan kes rayuan di atas keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib di peringkat Daerah dan Jabatan Negeri dimana keputusan yang dibuat adalah muktamad.
Jawatan:
1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41
2. PENGHULU NP29
3. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT29
4. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
5. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29
6. PELUKIS PLAN (SENI BINA) JA19
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
8. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
9. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
10. JURUAUDIO VISUAL N19
11. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
12. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
13. PENGHANTAR NOTIS N11
14. PEMBANTU OPERASI N11
Tarikh Tutup Permohonan : 06 March 2017