Jawatan Kosong 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pengenalan
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Jawatan:
1. JURUFOTOGRAFI B29
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
4. PEGAWAI KEWANGAN W41
5. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N19
6. PEGAWAI TADBIR N41
7. PEMBANTU AWAM H11
8. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
9. PEMBANTU MAKMAL C19
10. PEMBANTU OPERASI N11
11. PEMBANTU PENERBITAN N19
12. PEMBANTU PUSTAKAWAN S19
13. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19
14. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
15. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19
16. PENOLONG JURUTERA JA29
17. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29
18. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29
19. PENOLONG PEGAWAI SAINS C29
20. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
21. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
22. PUSTAKAWAN S41
Cara memohon:
Permohonan melalui Sistem Pengurursan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu http://www.ukm.my/sppj atau melalui link yang admin sediakan di bawah.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan di panggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah di anggap tidak berjaya. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.
Tarikh Tutup Permohonan : 28 March 2017
Post a Comment
Post a Comment