Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 5 February 2017

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jawatan Kosong


Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.

Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.


Jawatan:


1. JURUGEOSPATIAL J41


Syarat Lantikan:

a) Warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh ilkan jawatan; dan

c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang remote sensing, geoinformatik, ukur tanah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan pada Gred J41 : RM 2,529.00); DAN

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan
(Bagi Kakitangan UKM Berjawatan Tetap Sahaja)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruukur adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurugeospatial J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

a) mempunyai kelayakan di perenggan (c) di atas; DAN

b) Had umur pelantikan :

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang berumur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Umur: 

1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada:

i. 54 tahun bagi persaraan paksa 55 atau 56 tahun.

ii. 56 tahun bagi persaraan paksa 58 tahun.

iii. 58 tahun bagi persaraan paksa 60 tahun.


Cara memohon:

Permohonan melalui Sistem Pengurursan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu http://www.ukm.my/sppj atau melalui link yang admin sediakan di bawah.


Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan di panggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah di anggap tidak berjaya. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan di proses.



Tarikh Tutup Permohonan : 05 February 2017