Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 14 April 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.

KUIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.


Jawatan:


1. PENSYARAH DK45


Kelayakan:

Kelulusan minimum Ijazah Sarjana bagi Gred DK45 dari universiti-universiti tempatan
dan luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan kecuali
dinyatakan keperluan kelulusan lain; dan

Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Keutamaan akan diberi kepada;
1. Berpengalaman dalam pengurusan industri halal.
2. Berpengalaman di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Syarat-syarat umum di atas adalah diperlukan mengikut bidang kecuali ia dinyatakan
secara spesifik di dalam kolum tertentu.

Semua bidang-bidang akademik yang dinyatakan di bawah adalah dibuka untuk
jawatan SEPENUH MASA sahaja.


Salinan dokumen yang diperlukan:

a. Profil Peribadi / Resume termasuk nombor telefon dan alamat e-mel terkini;

b. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;

c. Kad Pengenalan yang telah disahkan;

d. Ijazah Kedoktoran Falsafah (Phd) / Ijazah Sarjana / Ijazah Sarjana Muda / Diploma yang
telah disahkan;

e. Transkrip Akademik yang telah disahkan;

f. Surat Pengesahan JPA (Kelulusan sijil luar Negara) yang telah disahkan;

g. Sijil SPM atau setaraf yang telah disahkan;

h. Sijil Berhenti Sekolah Menengah yang telah disahkan; dan

i. Sijil Kokurikulum yang telah disahkan.

(sila pastikan susunan dokumen adalah mengikut ketetapan di atas).


Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2017 (Jumaat)

Post a Comment