Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) - 16 August 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Jawatan Kosong 2017 di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)


Latar Belakang

Pertubuhan Peladang (PP) yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) merupakan Institut yang dimiliki oleh peladangpeladang. Mengikut Seksyen 7(3) Akta PP 1973, Ketua Pengarah LPP selaku Pendaftar PP telah mewakilkan sebahagian kuasanya kepada Pendaftar Tetap, Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak bagi negeri Sarawak, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) kecuali kuasa untuk menubuh, mendaftar, menggantung dan memansuh PP. Keseluruhan prestasi yang dibentang sehingga 31 Disember 2008, merupakan pencapaian prestasi PP di bawah penyeliaan LPP sahaja yang melibatkan sebuah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 12 buah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan 206buah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).


Jawatan:

1. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19


Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau

(d) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred E19: RM1,353.00); atau

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan:

(f) Tempoh perkhidmatan enam (6) bulan kontrak.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link yang disediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Ogos 2017 (Rabu)

Post a Comment