Jawatan Kosong di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) - 27 Oktober 2026
Jawatan Kosong 2026 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Jawatan:
KELULUSAN MINIMUM : SPM/SVM/SPM & SKM
1. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN GRED E1 - 4 Kekosongan
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam subjek Perdagangan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,500.00); atau
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,500.00); atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,561.00); atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,622.00); atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E1: RM1,622.00).
*Sila baca iklan kekosongan jawatan di atas, sebelum membuat permohonan melalui link di bawah.
Cara Memohon:
Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sahaja. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 27 Oktober 2026 (Selasa), jam 11.59 malam
Latar Belakang
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merupakan kementerian di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan dasar berkaitan pembangunan belia serta kemajuan sukan negara. KBS berperanan memperkasakan golongan belia melalui program kepimpinan, keusahawanan, kesukarelawanan dan pembangunan kemahiran. Kementerian ini turut menyokong pembangunan atlet, persatuan sukan dan kemudahan sukan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan serta gaya hidup sihat.
Antara fungsi utama KBS ialah penyelarasan program pembangunan belia, pengurusan inisiatif sukan, pembangunan bakat atlet dan pelaksanaan dasar berkaitan industri sukan. Operasinya melibatkan bidang pentadbiran, pengurusan program, pembangunan belia, sains sukan, kewangan, teknologi maklumat dan perkhidmatan sokongan. Melalui kerjasama dengan pelbagai jabatan, agensi dan pertubuhan sukan, KBS memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi belia berdaya saing serta meningkatkan pencapaian sukan Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
-banyakjawatan.png)