Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan - 4 August 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya.

Like Page Khas - Kerja Kosong di Putrajaya

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S29


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau

(iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95), dan

(iv) mempunyai 5 – 6 tahun pengalaman dalam pengurusan sukan


Cara memohon:

a) Borang permohonan didapati daripada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya dengan mengisi permohonan jawatan di sistem e-jawatan di laman sesawang: http://www.wipers.gov.my; atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

b) Borang permohonan yang telah dicetak dari sistem e-jawatan hendaklah dihantar ke Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan disertakan dengan sesalinan Kad Pengenalan, sijil kelayakan pendidikan, sekeping gambar berukuran passport dan lain-lain sijil jika berkaitan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan :  04 Ogos 2017 (Jumaat)

Post a Comment