Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Kerja Raya (KKR) - 11 September 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kementerian Kerja Raya (KKR) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Kerja Raya (KKR)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kementerian Kerja Raya (KKR) www.banyakjawatan.my


Sejarah 

Kementerian Kerja Raya Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang. Kementerian ini diterajui oleh YB Datuk Fadillah Yusof.


Jawatan:

1. SEKSYEN HAL EHWAL KORPORAT

2. SEKSYEN PERHUBUNGAN AWAM

3. SEKSYEN MEDIA STRATEGIC


Butiran:

Taraf Jawatan : Sambilan
Tempoh Maksimum: 6 Bulan (3 bulan + 3 bulan)


Kadar Upah:

RM 54.00 sehari : Kelayakan SPM
RM 72.00 sehari : Diploma dalam bidang berkaitan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

RM 100.00 sehari : Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Syarat lantikan:

Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

i. Warganegara Malaysia;
ii. Kelayakan SPM; dan / atau
iii. Diploma dalam bidang berkaitan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iv. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Cara Memohon:

Kemukakan resume berserta gambar berukuran pasport terkini dan juga salinan kad pengenalan, dan sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip ke alamat yang berikut :

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
ARAS 6, BLOK B, KOMPLEKS KERJA RAYA
JALAN SULTAN SALAHUDDIN
50580 KUALA LUMPUR

Tarikh permohonan : 11/08/2017 hingga 11/9/2017


Tarikh Tutup Permohonan : 11 September 2017 (Isnin)


Post a Comment