Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - 20 September 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.banyakjawatan.my


Sejarah

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. Baca lagi..


Jawatan:

1. PENGAMBILAN KHIDMAT PEGAWAI BOMBA BANTUAN


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;

(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf  dengannya oleh Ketua Pengarah;

(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita; (iii) Mempunyai penglihatan yang baik; (iv) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (v) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.

(g) Calon hendaklah tinggal dalam lingkungan 25 km  daripada balai.

*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 20 September 2017


Klik Untuk Maklumat Iklan Jawatan

Post a Comment