Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 6 Oktober 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong 2017 di Universiti Putra Malaysia (UPM) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.
Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


Syarat Kelayakan:

Calon-calon bagi lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


a. Warganegara Malaysia

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

d. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan 4 mata pelajaran lain yang berkaitan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

(keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris dan mengendalikan komputer) 


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan Jawatan Sokongan yang boleh dimuat  turun dari laman web Pejabat Pendaftar di alamat www.pendaftar.upm.edu.my (admin sediakan link di bawah). Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:


Pejabat Am (Unit Pembangunan Modal Insan),
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang
(u/p: Puan Norfazilah Abdullah)

Tel: 03-89467346


Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan di alamat di atas tidak lewat dari 06 Oktober 2017 (Jumaat).


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment