Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang - 7 November 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di  Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Jawatan Kosong 2017 di Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang www.banyakjawatan.my


Pengenalan

Sebelum penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Seberang Perai, iaitu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan, telah ada terbentuk dengan apa yang dipanggil Lembaga Penasihat Ugama Islam. Lembaga ini adalah bertugas sebagai penasihat dan bertanggungjawab mengenai hal ehwal Agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang. Antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Lembaga ini adalah untuk mengkaji dan mengesyorkan supaya suatu badan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai hal ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Dalam tahun 1955 satu Jawatankuasa telah dilantik oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengkaji penubuhan Majlis Agama Islam. Usaha-usaha ke arah ini berjalan agak perlahan sedikit. Ini adalah memandangkan kepada beberapa pergolakan yang timbul dalam negara ini dalam usaha-usaha ke arah mencapai kemerdekaan. Dalam tahun 1957, setelah negara mencapai kemerdekaan, satu Jawatankuasa Khas telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Baca lagi..
Like Page Khas - Kerja Kosong di Penang
Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41


Syarat Lantikan:

(i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji Permulaan N41: RM2,080.00)

ATAU

(ii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji Permulaan N41: RM2,080.00)

ATAU

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN (Gaji Permulaan N41: RM2,283.43)

(iv) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Diskripsi Tugas:

Membantu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dalam urusan perundangan, memberi nasihat perundangan, mewakili Majlis di mahkamah dan mengendalikan lain-lain tugas yang berkaitan dengan perundangan. Mahir dalam bidang perundangan sivil dan syariah adalah satu kelebihan.


Cara Memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang boleh diperolehi secara PERCUMA melalui laman web.: www.mainpp.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat
berukuran 32sm x 22sm.

(c) Permohonan yang berikut akan ditolak:

(i) Tidak menggunakan borang permohonan jawatan Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang.

(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.

(iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.


Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Setiausaha
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Tingkat 8 & 9, Menara UMNO
No.128, Jalan Macalister
10400 PULAU PINANG


Tarikh Tutup Permohonan : 7 November 2017 (Selasa)


Post a Comment