Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - 23 November 2020

Post a Comment
Jawatan Kosong 2020 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Jawatan Kosong 2020 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Latar Belakang

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK).

Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama ( The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Pembangunan Koperasi ketika itu bertempat di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Ianya kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.

Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Jawatan:

1. EKSEKUTIF PELABURAN E48


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki:

(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Keutamaan pada calon yang mempunyai kelulusan dalam bidang pelaburan, kewangan dan perakaunan;

(ii) Wajib mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pelaburan dan sekurang-kurangnya 3 tahun dalam pengurusan dana; dan

(iii) Lesen atau kelayakan untuk berurus niaga di Bursa Malaysia.


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan yang ditentukan oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya berhak menentukan terma dan syarat-syarat perkhidmatan lain.


Penaklukan di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 
 
Fungsi Bidang Tugas:

Bertanggungjawab dalam semua aktiviti pelaburan bagi menjana pulangan kompetitif dan stabil.

Bertanggungjawab untuk meningkatkan kepelbagaian portfolio pelaburan bagi manfaat Suruhanjaya.

Merancang, mengurus dan memantau aktiviti pelaburan dan pengurusan dana kumpulan wang.

Menganalisa dan membuat penilaian (feasibility study) kewangan ke atas cadangan projek Suruhanjaya.
   

Bagaimana Untuk Memohon:

i. Daftar dan kemukakan permohonan anda melalui pautan berikut: <Sistem eKerjaya>

ii. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel yang dinyatakan semasa mendaftar.


Tarikh Tutup Permohonan : 23 November 2020


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.



Post a Comment