Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 31 Julai 2018

Post a Comment
Jawatan Kosong 2018 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jawatan Kosong 2017 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sejarah

Islam merupakan agama rasmi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 3 (1) yang menyatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Penubuhan Jakim bermula dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang mana penubuhannya telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Pada tahun 1974 pula, Urus Setia MKI telah dinaikkan tarafnya kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri dan diberi nama Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).. Read more..


Like Page Khas - Kerja Kosong di Putrajaya
Jawatan:

1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19

2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29


Syarat & Maklumat Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19:

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab kepada Bahagian Dakwah, Jakim dalam membantu Ketua Penyelaras dan Penyelaras PMOA Negeri melaksanakan program, aktiviti, khidmat nasihat, kebajikan dan urusan Orang Asli Islam.

Syarat Permohonan:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Berkelulusan:

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:

(a) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan

(b) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi)
[Gaji Permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00]; atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
[Gaji Permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,408.00]; atau

- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,408.00]

Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

Keutamaan kepada pemohon wanita;

Permohonan daripada lepasan Sekolah Aliran Agama;

Sanggup bertugas di kawasan pedalaman;

Masyarakat asli peribumi yang mempunyai dan memenuhi syarat kelayakan digalakkan memohon; dan

Boleh berinteraksi dengan masyarakat asli peribumi.


Syarat & Maklumat Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29:

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dan pihak Berkuasa Agama Negeri dalam Pengurusan, Pengimarahan dan Pemantauan Masjid.

Syarat Permohonan:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Berkelulusan:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
[Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau

Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
[Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95]; dan

Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:

Pemohon lelaki sahaja.

Permohonan daripada lepasan Sekolah Aliran Agama.


Cara-Cara Memohon:

Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri (atas) sampul surat


Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.



Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2018 (Selasa)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment